"Saya boleh makan seberapa banyak pun, berat badan saya tetap ideal."-Sofia Dewi.
Agak beberapa lama baru saya sedar saya gemuk. Sehingga saya dapati pada suatu hari, saya tidak boleh lagi memakai kesemua pakaian seragam kerana sudah ketat dan lama-kelamaan, saya mula hilang keyakinan diri dengan bentuk badan saya yang 'bulat' ini.
Saya berasal dari Kota Solo, tapi kami berpindah ke Gemolong, Sragen selepas berkahwin. Di Solo, saya mengajar di sebuah sekolah swasta. Jarak antara Gemolong-Solo adalah lebih kurang 24 km. Bolehkah anda bayangkan betapa penatnya saya membawa motorsikal setiap hari. Sebelum selesai mengajar, saya sudah mula memberi tuisyen kepada para pelajar saya.